Blog info info mengenai XFOX Community bisnes dan berita berita terbaru, Semoga info di bawah memberi manfaat kepada semua, selamat membaca, terima kasih.


Sedekad sebagai pereka fesyen, sentuhan Shanell Harun kini di koleksi XFox Jewels

Nama pereka fesyen terkenal Shanell Harun sememangnya menjadi sebutan di penggemar fesyen tanahair dengan koleksi perkahwinan yang mempersonakan. Selaras dengan itu, beliau  meneruskan ilham rekaan kreatifnya menerusi pertunjukan fesyen ‘A Decade of Wows & Veils Shanell Harun yang mengetengahkan 32 persalinan tradisional dan moden khusus buat golongan wanita bercitarasa tinggi.
 

Kesemua busana tersebut diperagakan baru-baru ini seiring dengan pelancaran logo baharu Shanell Harun.

“Hari ini semuanya tentang perjalanan saya selama 10 tahun di dalam dunia fesyen, merakam kembali jatuh bangun selain menghargai pelanggan dan klien yang setia bersama sejak hari pertama jenama ini muncul sampailah sekarang.

“Tanpa mereka, label Shanell Harun itu sendiri tidak akan sukses sehingga ke hari ini. Saya percaya, kerjasama yang baik akan membawa kepada kepercayaan berterusan.

“Besar harapan saya agar sokongan ini berterusan sampai bila-bila. Masing-masing saling memerlukan, jadi inilah dedikasi yang saya cuba terjemahkan setelah sedekad berada di dalam industri,” katanya yang ditemui sejurus majlis selesai.

 

Sedekad sebagai pereka fesyen

 

Lebih istimewa, ‘showcase’ kali ini turut membawakan kolaborasi bersama barangan kemas XFox Jewels.

“Koleksi kali ini menampilkan 16 persalinan bertemakan tradisional  100% couture dan fabrik yang digunakan kebanyakannya French Lace, chiffon, georgette, sutera dan songket serta dihiasi dengan aksesori barangan kemas daripada jenama berkenaan.

“Saya kira ini rezeki apabila pengasasnya iaitu Datuk Suhaila Semaru dan Datuk Suraya Semaru optimis untuk melakukan projek istimewa ini lalu tercetuslah idea dalam penghasilan koleksi ‘Puteri Tujuh XFox Jewels by Shanell Harun’.

 

Sentuhan Shanell Harun kini di koleksi XFox Jewels

“Saya ambil cabaran mereka barangan kemas untuk koleksi ini yang mana ia hadir dengan lapan rekaan edisi terhad yang berharga di antara RM35,000 hingga RM55,000 satu set. Untuk malam ini, apa yang dipamerkan berharga lebih RM1 juta keseluruhan.

 

“Ia merangkumi subang, kalung, gelang dan cincin. Pelanggan yang berminat juga boleh membeli item yang diminati secara berasingan dan diharap boleh memberikan idea kepada pelanggan di luar sana dalam berfesyen.

 


 

 


 

 " Bina bisnes keusahawan anda bersama Xfox Community !! " Success Together

 

 

 

 

PENAFIAN : Ini adalah laman web peribadi untuk tujuan promosi bagi pemilik web dan kumpulan tajaannya. Web ini bukan web rasmi bagi syarikat yang menjalankan perniagaan ini. Segala potensi pendapatan yang dinyatakan adalah simulasi dan bergantung kepada usaha individu yang terlibat untuk mencapai sasaran pendapatan yang dicadangkan.
XFOXCOMMUNITY.COM © 2024 | Web Design: MSNetwork